Tuesday, 22 July 2014

5 Modal Bisnes

Salam sahabat seperjuangan,

Bulan Ramadhan tidak menghadkan saya untuk tidak bergiat aktif di dalam perniagaan, mahupun di dalam silaturrahim. Bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, ketekunan dan bertindak memahami kesulitan dan kepayahan orang yang tidak mampu. Kali ini, saya dan ieteri saya, berkesempatan untuk menghadiri sebuah program bicara usahawan di bawah kelolaan, Dato Roslan Abd Hamid.

Barisan penceramah, yang rata-rata saya kenali di ruangan Facebook, ternyata memberi impak yang positif kepada diri saya dan isteri saya. Pengalaman first hand, melalui bicara, mendengar tangis tawa dari penceramah, membuatkan saya termenung seketika. Kenapa? Kerana jutawan-jutawan ini pernah mengalami kesusahan hidup, dan ini yang menyebabkan mereka terus cekal dalam menempuh arena perniagaan.


Penceramah seperti CEO Sufi- Tuan Syawal, CEO Blink Book-Tuan Syaizul Amal, CEO Karangkraf - Dato Husamuddin, Mastermind Richwork-Tuan Jerry, Tuan Abdul Basit dari kakiprinting, Tuan Faisal Abdullah, Tuan Aqif Azizan, Tuan Imran Hadi, Prof Hassan, Coach Bahar, dan Tuan Eizaz Hasanan. Mereka membawa dan menjamu tetamu-tetamu yang hadir dengan cerita sebenar mereka. Satu kata yang saya teringat dari Tuan Abdul Basit, 7 kali jatuh, bangun kali ke 8.

Banyak yang telah disampaikan, namun saya perlu cerna dan laksanakan di dalam perniagaan saya. Edisi kedua 5 modal bisnes yang akan dijalankan pada 6 September dan terhad kepada 168 peserta sahaja. Boleh hubungi tuan Zack Stylo  untuk maklumat lanjut.


p/s : dugaan di bulan Ramdhan, gejolak di Palestin terus membara ke seluruh dunia. Saya mohon kepada sahabat seperjuangan untuk terus berdoa dan memberi bantuan seadanya kepada saudara kita di Palestin. Takbir!