Tuesday, 22 July 2014

5 Modal Bisnes

Salam sahabat seperjuangan,

Bulan Ramadhan tidak menghadkan saya untuk tidak bergiat aktif di dalam perniagaan, mahupun di dalam silaturrahim. Bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran, ketekunan dan bertindak memahami kesulitan dan kepayahan orang yang tidak mampu. Kali ini, saya dan ieteri saya, berkesempatan untuk menghadiri sebuah program bicara usahawan di bawah kelolaan, Dato Roslan Abd Hamid.

Barisan penceramah, yang rata-rata saya kenali di ruangan Facebook, ternyata memberi impak yang positif kepada diri saya dan isteri saya. Pengalaman first hand, melalui bicara, mendengar tangis tawa dari penceramah, membuatkan saya termenung seketika. Kenapa? Kerana jutawan-jutawan ini pernah mengalami kesusahan hidup, dan ini yang menyebabkan mereka terus cekal dalam menempuh arena perniagaan.


Penceramah seperti CEO Sufi- Tuan Syawal, CEO Blink Book-Tuan Syaizul Amal, CEO Karangkraf - Dato Husamuddin, Mastermind Richwork-Tuan Jerry, Tuan Abdul Basit dari kakiprinting, Tuan Faisal Abdullah, Tuan Aqif Azizan, Tuan Imran Hadi, Prof Hassan, Coach Bahar, dan Tuan Eizaz Hasanan. Mereka membawa dan menjamu tetamu-tetamu yang hadir dengan cerita sebenar mereka. Satu kata yang saya teringat dari Tuan Abdul Basit, 7 kali jatuh, bangun kali ke 8.

Banyak yang telah disampaikan, namun saya perlu cerna dan laksanakan di dalam perniagaan saya. Edisi kedua 5 modal bisnes yang akan dijalankan pada 6 September dan terhad kepada 168 peserta sahaja. Boleh hubungi tuan Zack Stylo  untuk maklumat lanjut.


p/s : dugaan di bulan Ramdhan, gejolak di Palestin terus membara ke seluruh dunia. Saya mohon kepada sahabat seperjuangan untuk terus berdoa dan memberi bantuan seadanya kepada saudara kita di Palestin. Takbir!

Thursday, 19 June 2014

Syarikat-syarikat yang didaftarkan

Salam sahabat seperjuangan,

 Sudah lama tidak bersiaran di alam maya. Agak lama untuk saya menukilkan entri di blog saya. Maklumlah, saya sedang menyusun syarikat-syarikat di bawah saya. Alhamdullilah, saya telah berjaya mendaftarkan dua syarikat iaitu:

II Group Entreprise
Hassan Distribution and Trading Entreprise

Pada asalnya, saya ingin meletak nama Alfatih Hospitality & Services, namun ditolak oleh SSM. Maka saya tiada idea untuk mencari nama-nama lain, walaupun diberi kemudahan untuk memilih nama lain, saya terus meletak nama II Group, yang di dalam kepala saya II Group ini adalah parent company Hassan Distribution & Trading. Untuk Alfatih, mungkin saya letak nama yang lain. Nama Alfatih dan Hassan adalah nama anak-anak saya.

Mengapa saya mendaftarkan dua syarikat ini?

Pertama, kedua-dua syarikat ini menjalankan dua jenis perniagaan yang berbeza. II Group menjalankan perniagaan dalam bidang perkhidmatan iaitu, pengurusan homestay, pembangunan website, rumah lelong,  kuih raya, coklat handmade dan kelas tuisyen.



Hassan Distribution & Trading memfokuskan kepada aktiviti pengedaran. Saya setakat ini mengedarkan santan, kelapa muda, telur dan ikan pekasam. Saya juga ingin mengalu-alukan jika tuan-tuan mempunyai produk atau kenalan yang menghasilkan produk sendiri dan ingin memasarkan, boleh hubungi saya. Laman website bagi Hassan Distribution & Trading juga saya sudah siapkan. Sila layari Hassan Distribution & Trading.





Jika kita lihat, II Group menawarkan perkhidmatan B2C iaitu Business-to-Customer manakala Hassan Distribution & Trading menawarkan B2B iaitu Business-to-Business. B2B adalah perniagaan yang memfokuskan kepada penyaluran produk kepada entiti perniagaan yang lain.

Perniagaan jenis perkhidmatan ini saya dan isteri saya telah jalankan ketika di zaman Uni, maka sedikit sebanyak selok-belok kami sudah ketahui, cuma perlu digilapkan lagi. Untuk perniagaan pengedaran, saya telah mulakan dengan perkhidmatan penghantaran nasi lemak pada tahun lepas. Untuk tahun ini, saya fokuskan kepada bahan-bahan mentah supaya mudah saya edarkan tanpa perlu bercerita lebih lanjut.

Cukup untuk kali ini, kita ketemu di entri yang lain! :)

Friday, 23 May 2014

Alhamdulillah, Homestay disewa selama 3 bulan

Salam sahabat seperjuangan,

Lama tak update entry di dalam blog. Bulan ini agak kelam-kabut kerana menguruskan hal-hal audit di dalam pejabat. Maklumlah, di pejabat ada sijil ISMS. Jadinya, perlulah keadaan pejabat berada di dalam tip top.

Baru-baru ini, sebuah syarikat telah menghubungi saya bertanyakan penyewaan homestay untuk jangka masa yang panjang. Mulanya ingin menyewa selama sebulan. Maka saya pun berurusan dengan pihak owner, menceritakan hal penyewaan itu. Bermulalah sesi rundingan 2 pihak, pihak syarikat dan pihak owner. Di sinilah segala ilmu yang saya perolehi di zaman U, saya praktikkan di dalam sesi perundingan.

Setelah sesi perundingan selesai, maka pihak syarikat telah bermesyuarat dan telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan dengan tambahan sewaan selama 3 BULAN ! Saya pun inform kepada pihak owner dan dia sangat-sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya tidak lah dia pening untuk memikirkan pelanggan yang seterusnya.

Di dalam perjanjian itu, saya ada menambah nilai kepada perkhidmatan homestay saya iaitu servis housekeeping. Servis itu juga dikenakan caj tambahan dan pihak owner bersetuju untuk melakukan semuanya (asalkan duit masuk). :)

Di samping cerita homestay, saya sedang menceburi diri dalam bidang pengedaran live stock, iaitu ikan puyu, haruan dan keli. Hari itu, nyaris-nyaris saya dapat kontrak bekalan 1 tan 1 hari bekalan ikan keli, namun rezeki bukan milik saya. Saya sekarang sedang mencari bekalan puyu 500 kg dan haruan 500kg untuk dihantar ke Melaka.

Oh ya, lagi satu  bidang yang saya baru ceburi ialah bidang hartanah lelong. Saya ada pengalaman sebagai ejen hartanah maka perkara lelongan ini agak mudah untuk saya laksanakan.

Wednesday, 16 April 2014

Baucer Diskaun Homestay

Salam sahabat seperjuangan,

Bak kata orang, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Celah mana kita sebagai tawkey homestay boleh memberi kepada tetamu kita? Antara usaha yang kita boleh lakukan ialah dalam bentuk baucer diskaun homestay. Adakah dengan memberi diskaun yang banyak? Atau memberi diskaun mengikut masa-masa tertentu?

Antara bentuk voucher yang boleh kita fikirkan sekarang ini adalah voucher dalam bentuk :

#1 : Baucer percuma dari restoran makanan segera

Baucer-baucer yang mungkin kita dapat dari saudara-mara, kawan-kawan mahupun di dalam surat khabar, kita simpan elok-elok dan hadiahkan kepada tetamu kita. Mungkin baucer itu sekadar RM5 atau RM10, namun sebagai pemberian hadiah, tetamu kita terasa amat menyukai pemberian hadiah.



#2 : Baucer pelancongan

Baucer pelancongan kebiasaanya terdapat sekiranya homestay kita berdekatan dengan pusat pelancongan. Contohnya baucer dari Legoland (wah, seronokla tawkey-tawkey homestay di Nusajaya) :)
Bagaimana untuk dapatkan baucer ni? Tuan-puan kena merujuk kepada kaunter pertanyaan di pusat pelancongan masing-masing.



#3 : Baucer pakaian

Untuk baucer pakaian (termasuklah jam tangan, aksesori, kasut dan lain-lain), sahabat-sahabat kena rajin sikit untuk mencari dan menggeledah pusat-pusat membeli belah ini. Saya pun jarang-jarang tengok baucer pakaian, namun sekiranya ada, anda memang seorang yang bertuah!